Isnin, Jun 08, 2009

Malam ini~


malam ini..ku sendiri..
mencari bintang di angkasa..
kosong..
tiada sinar menerangi malam suramku..
apakah ini sama seperti hidupku..
yang penuh kebosanan..kegelapan..

bukan manusialah aku..
jika tiada erti bosan..
bukan manusialah aku..
jika aku sentiasa gembira tanpa sedih..
kerana sedih itu menjadi perasa kehidupanku..

apa yang ku rasa malam ini..
satu rasa..
yang tidak mampu kuungkap..
aku bosan..aku sedih..
melalui semuanya..
melalui hari-hariku..

malam ini..
aku sendiri lagi..
ku cuba tersenyum..
namun tidak mampu..
ku cuba tertawa..
mustahil..
apakah rasa ini..
membuat jiwaku sepi..
kosong..

Sabtu, Jun 06, 2009

Laut & pantai.

Ini puisi kisah laut dan pantai..
entah nape aku sangat suke puisi ni. *perasan*
ade sambungan die..lain kali okeh! =)



ku bertanya pada pantai..
mengapa kau setia disitu..
dipukul ombak.. dihempas badai..
ditiup angin yang kadang sepoi..kadang taufan..
setiap hari menjadi peneman setia laut..
setiap hari ada pasang dan surut..

jawab pantai..
aku tetap setia menemani laut..
kerna aku diciptakan untuknya..
aku sedia dipukul ombak..
aku tahan dihempas badai..
aku pasrah dihenyak ribut taufan..
kerna kasihku pada laut..

harus sampai bila pantai mampu menemani laut??
tidak kasihankah laut pada pantai??
tidak simpatikah laut pada pantai itu..
yang sedia menerima apa pun..
yang tahan diduga laut..
walau laut kadang tenang kadang mengganas..
walau laut kadang pasang menemani pantai..
kadang surut meninggalkan pantai..
laut yang sukar diduga..

jawab pantai..
aku dan laut..
umpama adam dan hawa..
yang dicipta Tuhan untuk bersama..
walau apa pun yang datang..
harus ku laluinya..
bukan mengalah..
tapi ku serah..
kerna laut dan pantai..
tetap mampu bersama..
walau apa pun menduga...



Aku tetap aku.

aku tetap aku..
bukan kamu..bukan dia..
aku cuma aku..
tidak kamu..tidak dia..

aku memang diriku..
aku sentiasa menjadi aku..
kamu tidak mungkin menjadi aku..
dia tidak bisa seperti aku..

aku ada hidupku..
aku ada prinsipku..
aku ada kamu..
aku ada dia..
aku punya apa yang ku ada.

aku bukan seperti kamu..
aku tidak seperti dia..
aku tetap aku..
aku cuma menjadi diriku..